RSS

Majlis Penyampaian Pingat Kepada Pemenang

Tarikh : 9 Mei 2011

Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK Jelai (F)

Tujuan : Penyampaian Pingat Kemenangan kepada 3 pasukan kawad kaki sekolah yang menjadi Johan bagi kategori masing-masing di Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Tampin yang diadakan di SMK Bukit Jalor pada 3 Mei yang lepas. Ketua Platun Kadet Polis Putera, Ketua Platun Kadet Polis Puteri dan Ketua Platun Kadet Remaja Sekolah, ketiga-tiga mereka telah dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik bagi setiap kategori. Tahniah kepada semua peserta.

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2011 in PENCAPAIAN

 

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah PPD Tampin

Tarikh : 3 Mei 2011 / Selasa

Lokasi : SMK Bukit Jalor

Pencapaian : Johan kategori “Goverment Open”.

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2011 in Uncategorized

 

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI KOR KADET POLIS KALI KE 2

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Kot Kadet Polis

Satu mesyuarat penyelarasan aktiviti Kor Kadet Polis IPDJBS tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 MAC 2011
Hari: KHAMIS
Masa: 3.00 ptg – 5.00 ptg.
Tempat: Bilik Gerakan, IPD Tampin
Butiran mesyuarat untuk tindakan adalah seperti berikut:
  1. Sambutan Hari Polis ke 204 peringkat daerah Tampin – 25 Mac 2011
  2. Sambutan Hari Kadet Polis peringkat Negeri- 31 Mac 2011
  3. Pertandingan Menembak peringkat Daerah –  2 April 2011
  4. Perkhemahan tahunan peringkat Kebangsaan – Zon tengah (Selangor, Wilayah KL dan Negeri Sembilan) – Jun 2011

Sekian, untuk makluman.

 
1 Comment

Posted by on March 28, 2011 in PENGURUSAN

 

PENGURUSAN PASUKAN KADET POLIS SEKOLAH

Pengurusan Pasukan Kadet Polis Sekolah

1. Dasar Penubuhan  

Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:

Pangkat ACP – Sekurang2nya 5 buah sekolah
Pangkat Supt. – Sekurang2nya 3 buah sekolah
Pangkat DSP/ASP – Sekurrang2nya 2 buah sekolah

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

TUJUAN DITUBUHKAN
(a) Peranan Belia Di Dalam “Nation Building”
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang
dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
(b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
(i)    Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
(ii)   Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
(iii)  Memperkayakan masa lapang murid-murid
(c) Sebagai satu strategi ‘Perhubungan Polis-Masyarakat’

MATLAMAT PENUBUHAN
Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah berikut:-
(a)    Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya
(b)    Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah
(c)    Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang
(d)    Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal
keselamatan
(e)    Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
(f)     Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
(g)    Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.

2. Organisasi

Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet senbagai Sarjan Platun, dua belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.

3. Permohonan Menjadi Ahli

Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah dibuat mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti lampiran dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kelulusan.

Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri seperti berikut:-
– Ketua Polis Daerah/wakil
– Pegawai Pendidikan Daerah/Wakil
– Pengetua Sekolah/Wakil

4. Kuasa Melantik

Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli Kadet adalah seperti berikut:-
– Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat Asisten Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri.
– Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat inspektor oleh Ketua Polis Negara.
– Perlantikan Pegawai Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet oleh Ketua Polis Negeri.

5. Syarat-syarat Kelayakan

Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
– Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
– Guru2 dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
– Anggota-anggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota PKP.
– Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
– Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
– Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
– Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

6. Perletakan Jawatan

Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut Seksyen 71, Akta Polis 1967.

7. Latihan/Aktiviti

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-

- Pengetahuan Am Kepolisan
Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahunn am kepolisan meliputi kawat, syarahan undag-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.

- Bina diri/kreativiti Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan sebagainya.

- Khidmat masyarakat
Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kebombaan dan pertolongan cemas serta lawatan kerumah-rumah kebajikan dan kerja-kerja amal di kalangan masyakarat hendaklah dijalankan berterusan.

- Ketahanan diri
Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.

- Kepimpinan
Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.

8. Pakaian Seragam

Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2 PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara. – Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. – Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. – Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah. Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada sanggota kadet.
Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, ‘angklet’, tali pinggang hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan). Tatacra pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan perempuan spt di bawah:

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2011 in PENGURUSAN

 

PESERTA KAWAD KAKI – KADET POLIS PUTERI, SMK JELAI (F) – 2011

PESERTA KAWAD KAKI – KADET POLIS PUTERI, SMK JELAI (F) – 2011

  1. NURAZWA FARAHIN BT KAMARUDDIN
  2. NURUL NADIA BT MOHD NOR
  3. NORAFIKAH BT ITHNIN
  4. NUR FARHANA BT SELAMAT
  5. ASNUREEN BT MD ZIN
  6. NOR SUFIYATI BT APANDI
  7. NUR SURAYA BT SYED KUDIN
  8. NUR FARIZA BT MOHAMED
  9. SITI NUR EAIN KASSEMA
  10. SITI NUR UMAIRAH BT MOHAMMAD
  11. AMY MASTURA BT ABD RAZAK
  12. NOR ZULAIKHA MOHD KASIM
  13. SUAFIQAA BT SABTU
  14. SITI NURRULAINA AHMAD
  15. FATIHAH BT BORHAN
  16. SITI NUR SYAFINAS BT ABU HASSAN BASRI
  17. ROZZALIEZA BUHARI NORDIN
  18. RAHAYU RUSLI’
  19. NURUL SYAFIKAH AZIZ
  20. NUR ASHIRA MD DARAMAN
  21. NUR FAZIRA BT MAT RADHI
  22. ZAHIRA MAT SAAD
  23. NORAZILA MOHD SHAD
  24. NURUL ATIKAH ZAINUDDIN
  25. NOR AINI MOHD NOR
  26. NORASHIKIN BT AZAHAR
  27. SITI NUR EIRA SHAIERA RAMLI
  28. NUR SHUHADA ABD WAHAB
  29. NUR HAFIZAH SHAMSURI
  30. SITI NURUL AZLIN ZAINAL
  31. NUR FAIZATUL AKMAR MD LIZAH
  32. NUR AIN SYAFIRAH NORDIN
  33. SITI HASLIZA BT BABA
  34. NURAZLIN BT MAT ISA
 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2011 in PENGURUSAN

 

PERBARISAN TABIK HORMAT SEMPENA LAWATAN KERJA PPD TAMPIN KE SMK JELAI FELDA

Tuan PPD Tampin , Tuan Hj. Mad Aris Azis memulakan siri lawatan kerja sempena persaraan beliau pada 4 Mei 2011 nanti dengan memilih SMK Jelai Felda sebagai sekolah pertama untuk beliau melawat. Dan perbarisan tabik hormat dari pasukan kadet polis puteri amatlah membanggakan pihak sekolah. Selain persembahan kawad dan formasi yang baik, pasukan kadet polis puteri ini juga turut mendapat pujian dari Tn PPD, Tn Pengetua dan seluruh warga sekolah. Walaupun saya tidak berkesempatan menyertai anda semua kerana berkursus di Port Dikson, saya bangga dengan anda semua puteri-puteri Polis Jelai… Tahniah..

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2011 in PERSEMBAHAN

 

LATIHAN KAWAD KAKI

AMAT MENGAGUMKAN…. inilah ungkapan ikhlas dari Tuan Pengetua, En Omar Bin Ahmad terhadap pasukan kadet polis puteri yang sentiasa bersemangat menjalani latihan intensif untuk menghadapi pertandingan kawad kaki peringkat sekolah awal april ini.

Inilah yang dikatakan komitmen dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan kawat kaki Kadet Polis sekolah ini yang sanggup datang berlatih pada hampir setiap petang, selama lebih dari 3 minggu. bermula awal Mac yang lalu. Apa yang lebih dikagumi Tuan Pengetua adalah kesungguhan mereka untuk hadir berlatih pada petang hari cuti persekolahan ini , pada setiap petang dari jam 3 petang hingga 5.30 petang…

Gambar ini dirakamkan pada hari Isnin, 11 Mac 2011 (cuti sekolah) …

Apa yang lebih hebat di mata pengetua ialah semangat pasukan kadet polis puteri ini, yang mana mereka terus berlatih walaupun di dalam hujan lebat dan meneruskannya sehingga selesai pada jam 5. 45 petang…TAHNIAH!

Semangat dan kesungguhan beginilah yang sepatutnya ada pada setiap pelajar dan warga SMK Jelai Felda. Untuk berjaya, perlu ada keinginan yang kuat, komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang hebat! Tidak semua orang mampu melakukan perkara yang mereka lakukan ini. Kita yakin, jika semangat ini diteruskan secara konsisten, sudah pasti, pada tahun ini mereka akan berjaya membawa pulang kejuaraan!

Khas buat 3 orang bekas pelajar sekolah ini, Tn Pengetua dengan rasa berbesar hati mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang sudi menjadi jurulatih pasukan sekolah pada setiap hari…Ternyata mereka telah dapat menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan anggota pasukan. inilah salah satu usaha kolaborasi hebat antara sekolah dan bekas pelajar dalam usaha mencipta kecemerlangan. Kita mengalu-alukan sumbangan setiap pihak , khususnya bekas pelajar di dalam membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian dan mencipta kecemerlangan. Pengorbanan anda amat kami hargai…

Ingatlah kadet semua: Inilah Pesan Pengetua kepada anda:

Saya (pengetua) juga berharap, agar disiplin, kesungguhan dan pengorbanan ini akan dapat diterapkan di dalam bidang pelajaran. Ambillah semangat juang yang hebat ini untuk kita salurkan ke dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah. Kita yakin, semua pelajar dan warga sekolah mampu melakukannya!Ayuh! Kita kuatkan tekad dan azam untuk membuktikan kehebatan kita di dalam bidang akademik di samping kita perkukuhkan dan pertahankan kecemerlangan sedia ada kita di dalam bidang-bidang lain..

TAHNIAH ..kepada pasukan kawad kaki sekolah…’ANDA MEMANG HEBAT’

INGAT! Untuk berjaya…hanya ada 3 patah perkataan…

S = SEBUT
B = BUAT
A = AMAL…

Dari Cikgu Aishah : Cikgu pun salute (tabik) dengan semangat kamu semua. Walaupun, cikgu sibuk berkursus di luar sekolah, kamu tetap berusaha gigih membangunkan diri kamu, pasukan kite dan yang penting sekali kamu semua dapat belajar sesuatu dari erti kerja berpasukan.

 
2 Comments

Posted by on March 26, 2011 in LATIHAN KAWAD KAKI

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.