RSS

LATIHAN KAWAD KAKI

26 Mar

AMAT MENGAGUMKAN…. inilah ungkapan ikhlas dari Tuan Pengetua, En Omar Bin Ahmad terhadap pasukan kadet polis puteri yang sentiasa bersemangat menjalani latihan intensif untuk menghadapi pertandingan kawad kaki peringkat sekolah awal april ini.

Inilah yang dikatakan komitmen dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan kawat kaki Kadet Polis sekolah ini yang sanggup datang berlatih pada hampir setiap petang, selama lebih dari 3 minggu. bermula awal Mac yang lalu. Apa yang lebih dikagumi Tuan Pengetua adalah kesungguhan mereka untuk hadir berlatih pada petang hari cuti persekolahan ini , pada setiap petang dari jam 3 petang hingga 5.30 petang…

Gambar ini dirakamkan pada hari Isnin, 11 Mac 2011 (cuti sekolah) …

Apa yang lebih hebat di mata pengetua ialah semangat pasukan kadet polis puteri ini, yang mana mereka terus berlatih walaupun di dalam hujan lebat dan meneruskannya sehingga selesai pada jam 5. 45 petang…TAHNIAH!

Semangat dan kesungguhan beginilah yang sepatutnya ada pada setiap pelajar dan warga SMK Jelai Felda. Untuk berjaya, perlu ada keinginan yang kuat, komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang hebat! Tidak semua orang mampu melakukan perkara yang mereka lakukan ini. Kita yakin, jika semangat ini diteruskan secara konsisten, sudah pasti, pada tahun ini mereka akan berjaya membawa pulang kejuaraan!

Khas buat 3 orang bekas pelajar sekolah ini, Tn Pengetua dengan rasa berbesar hati mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang sudi menjadi jurulatih pasukan sekolah pada setiap hari…Ternyata mereka telah dapat menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan anggota pasukan. inilah salah satu usaha kolaborasi hebat antara sekolah dan bekas pelajar dalam usaha mencipta kecemerlangan. Kita mengalu-alukan sumbangan setiap pihak , khususnya bekas pelajar di dalam membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian dan mencipta kecemerlangan. Pengorbanan anda amat kami hargai…

Ingatlah kadet semua: Inilah Pesan Pengetua kepada anda:

Saya (pengetua) juga berharap, agar disiplin, kesungguhan dan pengorbanan ini akan dapat diterapkan di dalam bidang pelajaran. Ambillah semangat juang yang hebat ini untuk kita salurkan ke dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah. Kita yakin, semua pelajar dan warga sekolah mampu melakukannya!Ayuh! Kita kuatkan tekad dan azam untuk membuktikan kehebatan kita di dalam bidang akademik di samping kita perkukuhkan dan pertahankan kecemerlangan sedia ada kita di dalam bidang-bidang lain..

TAHNIAH ..kepada pasukan kawad kaki sekolah…’ANDA MEMANG HEBAT’

INGAT! Untuk berjaya…hanya ada 3 patah perkataan…

S = SEBUT
B = BUAT
A = AMAL…

Dari Cikgu Aishah : Cikgu pun salute (tabik) dengan semangat kamu semua. Walaupun, cikgu sibuk berkursus di luar sekolah, kamu tetap berusaha gigih membangunkan diri kamu, pasukan kite dan yang penting sekali kamu semua dapat belajar sesuatu dari erti kerja berpasukan.

 
2 Comments

Posted by on March 26, 2011 in LATIHAN KAWAD KAKI

 

2 responses to “LATIHAN KAWAD KAKI

  1. Kamarulzaman

    May 7, 2011 at 4:30 pm

    Syabas d tahniah kpd pasukan kadet polis lelaki dan perempuan yang telah menjadi Johan dlm pertandingan kaki peringkat daerah Tampin di SMK Bukit Jalor pd 2/5/11.Jaga disiplin dan teruskan berlatih.Jaga lupa tunaikan solat bila sampai waktunya di surau sekolah.Semoga beroleh kejayaan pd pertandingan d perinkat Negeri nanti.
    Pelajar yang berdisiplin insyaAllah akan berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat. Tahniah kpd guru-guru penasihat dan jurulatih.
    ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA….
    DRPD Tuan Pengetua

     
  2. Kamarulzaman

    May 7, 2011 at 4:34 pm

    Syabas d tahniah atas bimbingan cikgu pasukan kawad kaki menjadi johan…
    Fokus dalam segala yang dilakukan..insyaAllah berjaya..
    Semoga diberkati usaha cikgucikgu penasihat..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: