RSS

PENGURUSAN PASUKAN KADET POLIS SEKOLAH

28 Mar

Pengurusan Pasukan Kadet Polis Sekolah

1. Dasar Penubuhan  

Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:

Pangkat ACP – Sekurang2nya 5 buah sekolah
Pangkat Supt. – Sekurang2nya 3 buah sekolah
Pangkat DSP/ASP – Sekurrang2nya 2 buah sekolah

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

TUJUAN DITUBUHKAN
(a) Peranan Belia Di Dalam “Nation Building”
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang
dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
(b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
(i)    Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
(ii)   Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
(iii)  Memperkayakan masa lapang murid-murid
(c) Sebagai satu strategi ‘Perhubungan Polis-Masyarakat’

MATLAMAT PENUBUHAN
Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah berikut:-
(a)    Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya
(b)    Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah
(c)    Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang
(d)    Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal
keselamatan
(e)    Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
(f)     Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
(g)    Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.

2. Organisasi

Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet senbagai Sarjan Platun, dua belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.

3. Permohonan Menjadi Ahli

Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah dibuat mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti lampiran dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kelulusan.

Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri seperti berikut:-
– Ketua Polis Daerah/wakil
– Pegawai Pendidikan Daerah/Wakil
– Pengetua Sekolah/Wakil

4. Kuasa Melantik

Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli Kadet adalah seperti berikut:-
– Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat Asisten Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri.
– Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat inspektor oleh Ketua Polis Negara.
– Perlantikan Pegawai Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet oleh Ketua Polis Negeri.

5. Syarat-syarat Kelayakan

Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
– Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
– Guru2 dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
– Anggota-anggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota PKP.
– Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
– Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
– Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.
– Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

6. Perletakan Jawatan

Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut Seksyen 71, Akta Polis 1967.

7. Latihan/Aktiviti

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-

– Pengetahuan Am Kepolisan
Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahunn am kepolisan meliputi kawat, syarahan undag-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.

– Bina diri/kreativiti Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan sebagainya.

– Khidmat masyarakat
Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kebombaan dan pertolongan cemas serta lawatan kerumah-rumah kebajikan dan kerja-kerja amal di kalangan masyakarat hendaklah dijalankan berterusan.

– Ketahanan diri
Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.

– Kepimpinan
Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.

8. Pakaian Seragam

Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2 PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara. – Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. – Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. – Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah. Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada sanggota kadet.
Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, ‘angklet’, tali pinggang hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan). Tatacra pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan perempuan spt di bawah:

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2011 in PENGURUSAN

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: